1. Maksud:
Rangkap 1: Penyair meluahkan segala isi hatinya yang sekian lama terpendam. Beliau menyatakan segala keperitan hidupnya yang dilingkari oleh kemiskinan. Beliau terpaksa menahan lapar walaupun keadaan hidupnya dikelilingi oleh kemewahan dan kemakmuran.
Rangkap 2: Penyair yang hidup dalam serba kekurangan terpaksa bekerja keras untuk menampung kehidupannya. Beliau terpaksa berserah kepada nasib dan berdoa kepada Tuhan.
Rangkap 3: Penyair melhihat kehidupan ini sungguh mencabar tetapi penyair tetap tabah mengharungi kehidupan yang penuh dengan liku-liku yang penuh dengan ranjau lagi sulit serta mengelirukan dengan tabah semata-mata ingin mencapai segala yang dicita-cita.
Rangkap 4: Penyair bertekad untuk mengatasi segala masalah dan melupakan segala peristiwa pahit masa silam yang membelenggu dirinya agar apa yang dihajatinya selama ini tercapai.
2. Tema:
Kemiskinan yang membelenggu kehidupan walaupun dikelilingi oleh kemewahan dan kemakmuran.
3. Persoalan:
a.Berusaha keras untuk menampung kehidupan keluarga.
b. Kehidupan keluarga dalam serba kekurangan walaupun di negeri yang mewah dan makmur.
c. Perlu berusaha dengan sabar dan gigih.
d. Diri sendiri mesti berusaha untuk mengubah nasib tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
e. Lupakan peristiwa silam dengan azam yang padu demi untuk kejayaan atau kebahagiaan dalam kehidupan.
4. Mesej:
a. Penyair menyatakan perasaannya yang pernah hidup menderita pada suatu ketika dahulu.
b. Kehidupan penyair penuh dengan dugaan dan cabaran sehingga kadang kala tidak mampu dilalui oleh penyair sendiri.
c. Mestilah tabah dalam menghadapi segala rintangan dan sentiasa berdoa.
d. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki taraf hidup dan ekonomi keluarga.
e. Berbekalkan pengalaman pahit masa silam, terus berusaha menghadapi segala rintangan agar segala yang dicita-cita tercapai.
5. Nilai:
Nilai kemanusiaan dalam sajak ini ialah kesanggupan manusia untuk merenungi falsafah kehidupan dengan mendalam. Manusia merupakan pemimpin di muka bumi dengan dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dan bertindak dalam menempuh segala fenomena dalam kehidupan mendatang.
6. Latar:
- Masyarakat yang penuh dengan pergolakkan.
- Kehidupan manusia yang tidak pernah sunyi daripada seribu masalah.
7. Intuisi:
Penyair merasa kecewa terhadap perjalanan hidup masa lampaunya yang penuh dengan kedukaan. Namun begitu penyair tetap terus berusaha untuk menjamin kebahagian untuk diri dan keluarganya. Apa yang dihajati penyair bukanlah mudah untuk dicapai. Berbekalkan usaha yang gigih dan berharap dengan doa mudah-mudahan segala yang dicita akan tercapai jua akhirnya.
8. Peranan/Fungsi:
Sajak ini membawa peranan semasa atau sosial. Penyair membayangkan dirinya sedang menghadapi masalah. Pada masa yang sama penyair cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan berbekalkan semangat dan pengalaman yang dapat mengubah nasib dirinya. Penyair berseru kepada pembaca yang menghadapi masalah yang sama sepertinya supaya lebih bersikap rasional, lebih matang dan lebih gigih berjuang untuk mengubah kehidupan diri. Iringilah usaha yang berterus dengan doa yang ikhlas kehadrah Allah yang sentiasa pemurah membantu makhluknya yang sentiasa berusaha untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
9. Nada:
- melankolik
10. Bentuk:
- bebas.
11. Gaya Bahasa:
a. Personifikasi - "kubiarkan seribu gabus duka"
"kumasuki seribu pintu berliku"
b. Metafora
"ia menyapu potongan-potongan nasib"
"serpihan-serpihan masa depan dan"
"doa teman-temannya yang bertaburan"
c. Anafora:
- Pengulangan kata diawal baris.
"makna..."
"makna..."
"makna..."
"Kadangkala..."
"kadangkala..."
"kadangkala..."
d. Responsie:
- pengulangan kata di tengah baris sajak.
contohnya:
" makna makmur di tengah lapar"
"makna harmoni di tengah inflasi
"makna mewah di tengah gundah"
e. Hiperbola:
Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha untuk menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa. Contohnya:
"kubuka seribu liang luka"
"kumasuki seribu pintu berliku"
f. Ironi:
- Gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna lain di sebaliknya. Ironi biasanya membawa maksud yang bertentangan dengan maksud lateralnya. Contohnya:
" ... ada mula tak ada akhir"
" ... ada akhir tak ada mula"
" ... tak ada mula tak ada akhir"
g. Asonansi & Aliterasi:
- Perulangan bunyi vokal
- perulangan bunyi konsonan
h. Perlambangan:
- Kunci melambangkan kemiskinan hidup yang membelenggu kehidupan penyair.
Pelajar boleh copy untuk rujukan.
BalasPadamEsok 10/09/2010, Jumaat bersamaan 1 Syawal 1431H, semua umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Bersamaan pada tarikh ini juga tibanya hari jadi Ahmad Faris yang ke-13. Catatan untuk kenangan.
BalasPadamSalam sastera... terima kasih atas bahan ini... Bagaimanapun, tafsiran Tuan tentang sajak ini pada pendapat saya agak terpesong daripada makna sebenar sajak ini. Tuan tidak menyentuh tentang pendapat Vicente Huidobro yang ditulis sebagai permulaan sajak ini sedangkan inilah 'kunci' untuk memahami sajak ini. T.Alias Taib tidak memasukkan pendapat Huidobro itu tanpa maksud. Sajak ini ada kaitan dengan peranan penyajak mentafsir 'banyak rahsia' dalam kehidupan. Dengan kalimah dan kata-kata sebagai penyajak, T. Alias Taib memaksudkan bahawa dia menyingkap banyak rahsia dan misteri kehidupan. Terima kasih. Salam sastera.(ecikguwitz@yahoo.com)
BalasPadamTerima kasih ecikguwitz atas pandangan suadara. Bagaimanpun ulasan sajak tersebut berpandukan buku ulasan yang saya baca untuk kemudahan calon-calon STPM memahami maksud sajak tersebut bagi tujuan peperiksaan. Salam dan terima kasih.
BalasPadam